Thursday, 26 February 2015

HARI THAIPUSAM

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.

Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas. Sebelum menyambut Thaipusam,penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini,mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. 24 jam sebelum menyamut Thaipusam pula,mereka akan berpuasa sepenuhnya.

Masyarakat beragama Hindu di Malaysia biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Cave iaitu tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini. Bagi penganut Hindu juga,mereka akan mencucuk logam atau besi yang menebusi kulit tubuh,lidah,pipi dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Di Malaysia,pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan mendaki 272 anak tangga di Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan 'kavadi' di hadapan patung dewa. Selain itu,penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa,madu dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu. Perayaan Thaipusam di Malaysia,biasanya disambut secara meriah bagi masyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat berbangsa lain. Oleh itu,tidak hairanlah banyak pelancong dan merakamkan suasana menarik semasa sambutan perayaan ini. Mereka menganggap perayaan Thaipusam ini memberi mereka kelebihan dan dapat menghapuskan dosa-dosa mereka.

No comments:

Post a Comment