Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun.
Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebaga Hari Raya Korban. Pada hari ini, masyarakat Melayu akan berkorban binatang ternakan mereka sebagai mengenang keyakinan Nabi Ibrahim a.s yang teguh kepada Allah SWT.
Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah di pagi 10 Zulhijjah. Selepas solat sunat, ibadah korban akan dijalankan di masjid mahupun surau secara beramai-ramai. Binatang yang dikorbankan adalah seperti lembu, kambing dan biri-biri. Daging-daging korban tersebut akan dibahagikan kepada orang ramai terutamnya fakir miskin.
Pada pagi itu juga umat Islam akan pergi menziarahi pusara kaum keluarga. Selepas itu, kaum keluarga akan saling bermaafan. Yang muda akan memohon maaf pada yang tua. Amalan-amalan ini sama seperti pada Hari Raya Aidilfitri yang dimana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
No comments:
Post a Comment