Thursday 26 February 2015

AWAL MUHARAM


Hari pertama dalam tahun Islam (Tahun Hijrah), iaitu hari pertama dalam bulan Muharam. Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu mengingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahu 622 Masihi.Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia, hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam merupakan hari cuti umum di Malaysia. Amalan yang biasa dilakukan sempena menyambut bulan Muharam ialah bacaan doa akhir tahun dan awal tahun. Walaupun terdapat beberapa pandangan tentang bacaan doa yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah, maka ianya baik untuk umat Islam dan boleh diamalkan tanpa halangan.

Bulan Muharam merupakan slah satu dan bulan-bulan 'Haram' di dalam Islam. Antara kemuliaan bulan-bulan haram ini ialah disunatkan berpuasa. Di samping itu, disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharam. Ini kerana tarikh 10 Muharam (atau dinamakan hari 'Asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharam sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharam.

No comments:

Post a Comment