Thursday, 26 February 2015

PENDAHULUAN


       Perayaan adalah sesuatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah kaum adalah bertujuan memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Selain itu, perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti oleh sesebuah kaum tersebut.

        Di negara Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Oleh iu, terdapat pelbagai jenis perayaan yang disambut pada setiap tahun. Dalam negara Malaysia mempunyai tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Dengan ini, setiap kaum pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya. Disamping itu, masyarakat Malaysia juga mengamalkan amalan berkongsi perayaan dan menghormati perayaan kaum lain.

     Tambahan pula, melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita dapat diutuhkan. Sememangnya, Malaysia merupakan negara yang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum. Malaysia bukan sahaja terdiri daripada kaum utama seperti Melayu, Cina dan India tetapi Malaysia juga diduduki oleh kaum-kaum minoriti seperti Kadazan, Iban, Bidayuh dan sebagainya. Maka, kajian ini akan mengkaji 3 perayaan yang disambut di Malaysia supaya sifat saling menghormati antara rakyat dapat dipupuk.

HARI RAYA AIDILFITRI


Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid ataupun surau.

 Keesokan harinya, semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun. Bermula seawal bulan Ramadan lagi umat Islam akan membuat persiapan tertentu untuk menyambut kedatangan hari raya ini. Antara tradisi umat Islam di negara ini, menjelang kedatangan 1 Syawal ini, adalah dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga,menghias rumah, dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga. Kadar nilai zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi rakyat di negara kita. Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini untuk pulang ke kampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu bapa masing-masing.

Pada pagi hari raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua.Selepas itu, dalam tradisi kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat islam akan mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan di samping mengeratkan silaturrahim.

Pada hari raya Aidilfiri juga, umat Islam akan menyediakan berbagai-bagai jenis juadah tradisional seperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yang datang berkunjung dan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita pada hari raya, iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda.

Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri di Malaysia lebih bermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

HARI RAYA AIDILADHA


Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebaga Hari Raya Korban. Pada hari ini, masyarakat Melayu akan berkorban binatang ternakan mereka sebagai mengenang keyakinan Nabi Ibrahim a.s yang teguh kepada Allah SWT.


 Bermula dengan  takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah di pagi 10 Zulhijjah. Selepas solat sunat, ibadah korban akan dijalankan di masjid mahupun surau secara beramai-ramai. Binatang yang dikorbankan adalah seperti lembu, kambing dan biri-biri. Daging-daging korban tersebut akan dibahagikan kepada orang ramai terutamnya fakir miskin.


 Pada pagi itu juga umat Islam akan pergi menziarahi pusara kaum keluarga. Selepas itu, kaum keluarga akan saling bermaafan. Yang muda akan memohon maaf pada yang tua. Amalan-amalan ini sama seperti pada Hari Raya Aidilfitri yang dimana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

NUZUL QURAN


Hari Nuzul Quran merupakan hari ke 17 dalam bulan Ramadan sempena hari penurunan al-Quran. Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat islam pada setiap tanggal 17 Ramadan kita akan mengadakan sambutan peringatan Nuzul al-Quran.

Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut pada setiap tahun yang sering kali digabungkan dengan peristiwa perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah, ketika umat islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadan).

Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa tersebut berlaku pada malam Jumaat,17 Ramadan tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira' bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan 'NUZUL' bererti turun atau berpindah dan atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

'Al-Quran' bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata 'al-Quran mukjizat akhir zaman' atau 'al-Quran yang mempunyai mukjizat'. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau ditinggalkan di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat dalam kitab suci al-Quran.

AWAL MUHARAM


Hari pertama dalam tahun Islam (Tahun Hijrah), iaitu hari pertama dalam bulan Muharam. Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu mengingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahu 622 Masihi.Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia, hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam merupakan hari cuti umum di Malaysia. Amalan yang biasa dilakukan sempena menyambut bulan Muharam ialah bacaan doa akhir tahun dan awal tahun. Walaupun terdapat beberapa pandangan tentang bacaan doa yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah, maka ianya baik untuk umat Islam dan boleh diamalkan tanpa halangan.

Bulan Muharam merupakan slah satu dan bulan-bulan 'Haram' di dalam Islam. Antara kemuliaan bulan-bulan haram ini ialah disunatkan berpuasa. Di samping itu, disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharam. Ini kerana tarikh 10 Muharam (atau dinamakan hari 'Asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharam sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharam.

MAULUD NABI


Maulud Nabi merupakan sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW. Kelahiran Nabi yang jatuh pada Isnin,12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 1571. Baginda ialah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

    Setiap tahun pada hari itu,umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Setiap tahun sambutan tersebut akan mempunyai tema. Pada tahun ini iaitu tahun 2015  bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’.

       Kita dapat lihat betapa besarnya  kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi  Muhammad SAW,kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi sudah pun  dikira mendapat pahala dan dimuliakan.

KAUM INDIA


Bagi penganut agama Hindu,Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut kalendar Tamil (Oktober,November) merupakan masa untuk bergembira. Perayaan ini menandakan kemenangan dan mendatangkan kebaikan. Perayaan bermula dengan upacara bersembahyang dan diikuti dengan kunjungan sanak saudara dan sahabat handai. Pada waktu malam,rumah akan dihiasi dengan pelita bagi memeriahkan suasana perayaan. Penganut agama Hindu juga merayakan Thaipusam pada bulan Januari sebagai tanda penghormatan kepada Dewa Muruga. Dalam perayaan tersebut,Batu Cave yang terletak di Selangor akan menjadi tumpuan penganut Hindu untuk membawa persembahan di atas Karadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut. Selain itu,mereka turut menyambut perayaan Ponggal dan Tahun Baru Hindu.

HARI DEEPAVALI


Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu diseluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari bulan Aippasi dan juga dikenali sebagai Pesta Cahaya Pelita yang dipasang dalam barisan dapat diihat dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan dan kebaikan.

Pada pagi Deepavali,penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara yang melambangkan permulaan yang baru,penganut Hindu akan mengunjungi di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu akan ada hiasan "kolam",hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperuat daripada bijirin pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi. Dewa Kekayaan yang dipercayaai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka. "Kolam" ini merupakan tradisi bagi agama Hindu dan agama Islam dilarang untuk meniru perbuatan ini.

HARI THAIPUSAM

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.

Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas. Sebelum menyambut Thaipusam,penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini,mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. 24 jam sebelum menyamut Thaipusam pula,mereka akan berpuasa sepenuhnya.

Masyarakat beragama Hindu di Malaysia biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Cave iaitu tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini. Bagi penganut Hindu juga,mereka akan mencucuk logam atau besi yang menebusi kulit tubuh,lidah,pipi dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Di Malaysia,pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan mendaki 272 anak tangga di Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan 'kavadi' di hadapan patung dewa. Selain itu,penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa,madu dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu. Perayaan Thaipusam di Malaysia,biasanya disambut secara meriah bagi masyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat berbangsa lain. Oleh itu,tidak hairanlah banyak pelancong dan merakamkan suasana menarik semasa sambutan perayaan ini. Mereka menganggap perayaan Thaipusam ini memberi mereka kelebihan dan dapat menghapuskan dosa-dosa mereka.

HARI THAIPONGGOL

Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalendar Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalendar Hindu,hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya,orang-orang Tamil akan meraikan Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari. Pada pagi Thaiponggol,para petani akan bangun dan memasak bijirin yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.

Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara besar-besaran dan dirumah secara kecil-kecilan.

Bagi perayaan dirumah,seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi untuk pakai pakaian yang cantik sebelum subuh. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia,mereka berkumpul tanpa menggunakan cahaya. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Mereka akan menghidangkan sayuran atau 'vegetarian' pada waktu pagi.

HARI GAWAI

Melalui kajian ini kami dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan yang ada di Malaysia ini. Perayaan utama atau terbesar di negara ini akan disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia. Perayaan tradisi ini melahirkan perpaduan terhadap bangsa di Malaysia,melahirkan nilai hormat menghormati antara kaum dan erpaduan bertambah erat dengan kunjung-mengunjung antara kaum semasa perayaan.

Sebagai rakyat Malaysia,kami berbangga dengan negara kami kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi. Ianya menyebabkan keadaan negara menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang besar. Ini kerana daripada erayaan ini mewujudkan ukhuwah dan rasa perpaduan dalam naluri nurani penduduk negara ini. Tegasnya negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupon terdiri pelbagai kaum yang pada tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik agama,budaya,bahasa dan adat kepercayaan.

KESIMPULAN

Melalui kajian ini kami dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan yang ada di Malaysia ini. Perayaan utama atau terbesar di negara ini akan disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia. Perayaan tradisi ini melahirkan perpaduan terhadap bangsa di Malaysia,melahirkan nilai hormat menghormati antara kaum dan erpaduan bertambah erat dengan kunjung-mengunjung antara kaum semasa perayaan.

Sebagai rakyat Malaysia,kami berbangga dengan negara kami kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi. Ianya menyebabkan keadaan negara menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang besar. Ini kerana daripada erayaan ini mewujudkan ukhuwah dan rasa perpaduan dalam naluri nurani penduduk negara ini. Tegasnya negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupon terdiri pelbagai kaum yang pada tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik agama,budaya,bahasa dan adat kepercayaan.